Khamis, 25 Mei 2017

Terima kasih..

Hari ni 14hb Mei 2017, hari ahad yang ke 3 aku dan suami ke gunung pulai..
Dah kenapa tiap minggu pergi sana? Haha

Puncanya aku sering sakit kepala yang melampau, ke klinik sudah... Ke hospital pun sudah... Dah makan ubat pun tak jalan.. Selidik sendiri, apa yang kurang.. Senam! Ya! Senam... Aku kurang senam, oksigen dalam darah kurang.. Dan kurang sampai ke otak, siap dapat rasa perjalanan darah tu tersekat.. Allahu akhbar.. 

Kalau kat rumah, selain makan ubat.. Biasanya aku rendam kaki kat air yang aku letak garam kasar atau garam bukit.. Memandangkan garam kasar takde, Jalan paling mudah... Jimat dan semulajadi.. Rendam kaki dekat gunung pulai je.. Airnya sejuk, udara segar, suasana nyaman... Subhanallah.. Indah ciptaanNYA..

Ahad minggu pertama kami ke gunung pulai, takde apa-apa aktiviti pun.. Hanya nak rendam kaki semata-mata.. Suami aku ni pembersih orangnya, sakit mata dia tengok persekitaran gunung pulai tu.. Biasalah, signboard jangan buang sampah ada terpasang.. Tapi masih ada yang buang sampah bersepah-sepah..

Tanpa di suruh, tanpa di paksa.. Allah gerakkan tangan suami aku untuk kutip sampah-sampah kat kawasan tempat kami lepak tu.. Sama-sama kutip pun dah penuh 2 beg plastik merah yang besar tu.. Bayangkanlah...

Banyak mata yang perhatikan tindakan suami aku yang tengah kutip sampah kat kawasan tu.. Walaupun tak menyeluruh, tapi di sebabkan masa dah nak masuk solat zohor.. Kami terus jalan balik sambil bawa sampah-sampah tu..

Sepanjang jalan orang tengok kami.. Agak-agak diorang fikir apa? Kami berdua pakai pakaian yang bukan untuk tujuan mandi-manda ataupun berkhemah kat situ.. Jauh sekali pakai pakaian sukan.. Mestilah orang pandang dan terfikir-fikir kan... Hehe..

Orang Melayu ramai ke sana, tak kurang jugak yang berbangsa cina.. Orang cina ramai yang berjogging kat sana.. Apa tu nama sukan yang panjat gunung? Alah... Lupa lah nama dia.. Haha!

Bermula hari tu, setiap hari ahad aku dan suami aku ke Gunung Pulai.. Berbekalkan plastik merah yang besar, mudah untuk kami kutip sampah dari pagar masuk ke Gunung Pulai sampai ke tandas.. Sebab kat situ je ada tong sampah.. Penuh juga 1 beg plastik merah..

Dah buang kat tong sampah dekat tandas tu, sambung lagi perjalanan ke tempat untuk kitaorang lepak.. Macam biasalah, orang perhati gelagat kami.. Hehe

Cuba fikir, apa punca kencing tikus? Macamana boleh ada tikus? Tikus suka dekat kawasan apa? Jawapannya SAMPAH.. Bila sampah banyak, tikus pun datang.. Mana datang sampah-sampah tu? Manusia... Orang yang datang ke sana, bawa makanan.. Sampah dari bekas makanan tu? Tinggal buat kenangan untuk jemput tikus berdendang...

Patut? Emm.. Astaghfirullahaladzim... Astaghfirullahaladzim... Astaghfirullahaladzim...

Aku dan suami kutip sampai kat situ lebih kurang pukul 10.30 sampai tengahari.. Boleh dapat 2-5 beg plastik merah yang besar tu..

Seminggu ada 7 hari.. Kami kutip sampah tiap hari Ahad je.. Berdua.. Sambil hirup udara segar, rendam kaki dekat air yang turun dari gunung, dapat juga senam untuk pinggang.. Lepas tu esoknya, pinggang sakit sebelah.. Sebab kulit sampah guna sebelah tangan, Sebelah tangan lagi pegang plastik.. Hehe

Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu... Agak-agak berapa ramai yang datang kat Gunung Pulai tu?

Kebanyakkan sampah yang situ yang ada, dari plastik, pampers budak, polystrine, puntung rokok, kotak rokok...

Banyak-banyak pengunjung yang ke Gunung Pulai tu, sepanjang kami kutip sampah kat situ.. Pengunjung berbangsa Cina rajin ucap Terima Kasih dekat kami, sebab kutip sampah kat situ..

Ada yang terperanjat (sebab kami sukarela, bukan di paksa atau di bayar gaji), ada yang bagi kata-kata semangat, ada yang siap tolong kami kutip sampah juga..

Yang berbangsa Melayu pun ada juga yang hargai kami dengan dalam diam bayarkan minuman kami, semasa kami berehat sementara nak tunggu azan Zohor..

Mungkin hari ni last kami ke sini.. Bulan Ramadhan dan nak sampai..

Kat sini aku lampirkan gambar-gambar bahan yang mungkin korang akan celik mata..

Renungkanlah wahai semua yang bergelar manusia..
Sama-samalah kita jaga alam sekitar..

Sabtu, 6 Mei 2017

Salam kenal..

Assalamualaikum.. 

Pertama kali ni aku buat blog.. Tak tau apa kenapa aku nak buat blog.. Mungkin aku ada rasa sunyi atau kosong.. Atau sebenarnya aku boring takde kerja nak buat kot.. Haha..

Ok, aku dah kahwin.. Ayah aku yang beria nak aku kahwin dengan suami aku.. Ya! Kami tak bercinta pun, kenal? Hati aku memang kosong masa tu.. Sebab arwah mak aku meninggal dunia.. Sejak tu aku rasa kosong dan nak move on.. Aku malas nak bercintan-cintun bagai.. Pada aku, semua tu boleh datang dosa.. Berjalan sana sini, berdua-duaan.. Orang ramai tengok, pandang.. Tak ketinggalan juga dengan yang gosip umpat mengata.. Allahu akhbar.. Astaghfirullahaladzim.. 

Aku bukanlah orang yang tinggi ajaran agamanya.. Sebagai orang islam, memang kita sedia maklum hal tu semua kan?

Aku dan suami aku jarak umur kami 14 tahun..
Ada yang anggap aku takde orang nak, kolot ikut pilihan orangtua.. Siap ada yang suruh kami berpisah masa kami bertunang dulu..

Aku nekad, sebab susah senang aku yang akan ngadap suami aku.. Sakit, sihat kami jaga bersama.. Alhamdulillah, aku bersyukur.. Bak kata arwah mak aku, biar kahwin dengan lelaki yang lebih tua dari kita.. Supaya tak nampak tua sangat bila jalan bersama.. Haha (sayang jangan marah haaa)

30hb 4 genap 6 tahun usia perkahwinan aku dan suami aku.. Kami masih belum di kurniakan zuriat.. Tahun pertama kami kahwin, aku di sahkan mengandung luar rahim.. Tanpa aku tau dan duga.. Sebab period aku tak regular.. So memang tak sangka dan tak jangka lah kan.. Belum ada rezeki lagi.. Allah nak aku kenal suami aku betul-betul.. Rezeki lain yang melimpah, tapi masa tu masih kurang jelas lagi pasal rezeki..

Suami aku duda anak 2.. Exwife dia dah kahwin lain dan dah ada anak baru..Punca jodoh diorang makin jauh, bukan aku.. Percayalah, semua ni Allah dah rancang.. Masalah diorang, biar aku dan Allah je yang tau.. Takpe, masing-masing dah ada kehidupan masing-masing.. Alhamdulillah..

Anak-anak tiri aku terima aku seadanya.. Sekarang anak-anak tiri aku dah besar, dua-dua perempuan.. Bukan senang nak buat diorang terima aku seadanya.. Aku jadi diri aku sendiri je.. Tak perlu nak bermuka-muka..

Awal pernikahan aku dengan suami aku, memang anak-anak dan termasuk Exwife dia tak tau pun kami dah bernikah.. Mulanya suami aku nak sembunyikan hal yang kami dah bernikah.. Aku beri ruang untuk suami aku bersama dengan anak-anaknya..

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat.. Kita ni tak perlu hipokrit sampai jadi orang lain, semata-mata nak ambil hati orang lain..
Tak bagus semua tu.. Terseksa batin woo.. Hehe

Bukan mudah nak sampai 6 tahun alam perkahwinan ni.. Macam-macam ujian, dugaan, rintangan.. Orang cakap, kalau dah jodoh tak ke mana.. Suami aku orangnya sangat penyabar, aku dulu orangnya terlalu tegas dan tak suka ayat-ayat manis ni..

Aku takde idea lagi nak taip apa, insya'allah ada masa aku sambung lagi pasal aku.. 😊